Lelaki dalam video tular halang anggota DBKL kunci tayar ditahan polis








TERKINI

Lelaki dalam video tular halang anggota DBKL kunci tayar ditahan polisLelaki dalam video tular halang anggota DBKL kunci tayar ditahan polis

26/09/2017 9:14pm

Oleh MALINDA ABDUL MALIK


Rakaman video yang tular di laman sosial memaparkan lelaki berkenaan (kiri) sedang melakukan provokasi terhadap anggota DBKL semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar ditahan pihak polis petang tadi selepas menghalang tugas anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kejadian di Taman Segar, Cheras di sini.

Lelaki berusia 38 tahun ditahan pada pukul 6.30 petang ketika dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini selepas anggota penguat kuasa DBKL yang terlibat membuat laporan di Balai Polis Sentul berhubung perselisihan faham antara mereka.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, berdasarkan laporan anggota DBKL berkenaan mendakwa kejadian berlaku ketika dia bersama rakan setugas dan dua pekerja syarikat kunci tayar menjalankan operasi di Taman Segar, Cheras kira-kira pukul 12.46 tengah hari semalam.

Katanya, anggota DBKL bertindak mengunci tayar kereta Perodua Myvi milik suspek berikutan meletak kenderaan di luar petak parkir.

“Tidak lama kemudian selepas menerima arahan daripada pusat kawalan DBKL, pengadu pergi semula ke lokasi berkenaan untuk membuka kunci tayar kereta itu kerana pemiliknya (suspek) hendak membayar denda.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka dipercayai berselisih faham hingga tercetus pertengkaran,” katanya sebentar tadi.

Menurutnya lagi, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan pihak polis juga akan merakam keterangan saksi lain yang mempunyai kaitan dalam kes itu.

READ ALSO  Amnesty: Singapore’s death penalty reform flawed

“Suspek lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah,” ujarnya.









Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.