Lelaki cemas kaki tersangkut pokok setinggi 3 meter hampir sejam








TERKINI

Lelaki cemas kaki tersangkut pokok setinggi 3 meter hampir sejamLelaki cemas kaki tersangkut pokok setinggi 3 meter hampir sejam

22/09/2017 6:55pm

Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR


Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk menurunkan mangsa.

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki berhadapan detik-detik cemas selama hampir sejam apabila kaki kirinya tersangkut di antara dua dahan pokok asam gelugur setinggi kira-kira tiga meter dalam kejadian di hadapan Masjid Kampung Jeliang, Manong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang itu, lelaki berusia 24 tahun berkenaan mahu memetik buah asam gelugur dengan memanjat pokok tersebut sebelum kaki kirinya tiba-tiba tersepit di antara dua dahan pokok tersebut dan tidak dapat dikeluarkan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Aziz Mat Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa pada pukul 4.07 petang sebelum lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di tempat kejadian, mangsa yang masih tersangkut di atas pokok dalam ketinggian tiga meter itu berada dalam keadaan sedikit keletihan.

“Anggota bertindak menggunakan tangga dan beberapa peralatan lain untuk meregangkan dahan pokok tersebut sebelum kakinya dapat dikeluarkan dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. –







READ ALSO  [VIDEO] Kedai emas dalam pusat beli-belah disamun

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.