Lebih 60 Rohingya lemas | Harian Metro

JUMLAH pelarian Rohingya yang maut selepas bot dinaiki mereka karam di muara Sungai Naf semalam, dianggar lebih 60 orang dengan 23 mayat sudah ditemui.

Bot yang sesak dengan pelarian itu karam melanggar batu ketika menghampiri tebing selepas perjalanan dua hari dengan kapten Bangladesh mengikut laluan jauh melalui laut bagi mengelak pasukan keselamatan Myanmar.

Ramai mangsa yang maut ialah kanak-kanak yang terlalu lemah untuk berenang ke tebing.

“Seramai 40 orang hilang dan dikhuatiri lemas,” kata jurucakap agensi pelarian antarabangsa, Joel Millman, di in Geneva.

Penumpang terselamat, Abdus Salam, berkata kapten tidak menyedari ada batu ketika menghampiri pantai Bangladesh lalu melanggarnya.

Pelarian Rohingya mengkebumikan mangsa di Cox’s Bazar, Bangladesh, hari ini.

Seorang lelaki, Shona Miah, 32, berkata isteri dan dua anak lelakinya terselamat, namun tiga anak perempuannya lemas.

Bot berkenaan membawa kira-kira 80 penumpang, termasuk 50 kanak-kanak,.

READ ALSO  Harga serendah RM5 faktor pelajar terlibat dengan dadah psikotropik

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.