Lawat PM ke AS dedah fitnah pembangkang | Nasional

SHAH ALAM: Pertemuan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membuktikan segala tohmahan pembangkang adalah fitnah semata-mata.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, bahawa kunjungan Najib ke Rumah Putih adalah tidak rasmi dan tiada sambutan mengikut protokol jelas bersifat cemburu.

“Perdana Menteri yang selamat tiba di Washington dan mengadakan perbincangan bersama Presiden Amerika Syarikat menjadi satu kegusaran buat pembangkang selepas segala kenyataan buruk ditaburkan sebelum ini terbukti fitnah.

“Sedangkan ketibaan Perdana Menteri disambut baik dan diiringi oleh anggota ‘Secret Service’ di Pangkalan Tentera Udara Andrews sehingga ke Rumah Putih adalah antara layanan cukup istimewa diberikan oleh Amerika Syarikat kepada Perdana Menteri Malaysia.

“Ini menunjukkan Amerika Syarikat amat menghargai kepimpinan Najib dengan menjemput beliau ke Rumah Putih seterusnya mengadakan perbincangan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Irmohizam berkata, jemputan itu menjadi satu pengiktirafan dan lambang keakraban hubungan Malaysia dengan negara luar termasuk Amerika Syarikat.

“Apa yang penting, pertemuan bersejarah ini seiring dengan sambutan 60 tahun kemerdekaan Malaysia. Ini membuktikan keikhlasan Najib ingin melonjakkan nama Malaysia ke 20 buah negara teratas dunia menjelang 2050 bagi memenuhi aspirasi beliau terhadap generasi muda Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, bukan sahaja Rafizi, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak berani ke sana kerana mungkin akan ditangkap.

“Ini menjadi satu pembohongan atas dorongan kelangsungan politik murahan pembangkang,” katanya.

READ ALSO  'Anak dipijak, kemaluan ditusuk raifal' | Nasional

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.