Larang bangunan guna kayu | Wilayah

Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA NERUS: Berkuat kuasa serta-merta, semua permohonan pembinaan bangunan terutama pusat pengajian dan institusi pendidikan yang menggunakan bahan binaan mudah terbakar, tidak akan diluluskan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diarah memasukkan syarat tambahan berkenaan pada borang permohonan untuk kelulusan pelan projek pembinaan, terutama membabitkan institusi pendidikan termasuk pondok dan madrasah tahfiz.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan EXCO, semalam.

“Selain syarat tambahan melarang penggunaan bahan mudah terbakar antaranya tiang kayu, kayu kekuda, rasuk dan tangga kayu, semua bangunan diwajibkan menyediakan laluan kecemasan dan tangga melebihi satu pada setiap bangunan bertingkat serta perlu mempunyai pintu penghadang kebakaran.

“Arahan itu bukan sahaja terhad kepada projek pembinaan bangunan bertingkat, malah turut membabitkan bangunan asrama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat tapak program Kejohanan Payung Terjun di pekarangan Mini Stadium Gong Badak, di sini, petang ini.

Ahmad Razif berkata, langkah itu dapat mengelak tragedi kebakaran seperti berlaku di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu dan asrama perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa di Kampung Nerasau, Kota, Rembau, Negeri Sembilan, awal pagi ini.

Dalam kejadian di Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu, seramai 21 pelajar dan dua tenaga pengajarnya maut dalam kebakaran.

Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, PBT dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri diminta menyenaraikan jumlah pusat pengajian pondok dan tahfiz pesendirian yang belum berdaftar dengan kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri akan membantu, termasuk memberi khidmat nasihat, selain membekalkan alat pemadam api dan menghantar pelajar serta guru menjalani latihan menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan.

READ ALSO  Lukisan mural kenang tragedi Ittifaqiyah

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.