Lapan lelaki geng curi motosikal ditahan








TERKINI

Lapan lelaki geng curi motosikal ditahanLapan lelaki geng curi motosikal ditahan

29/09/2017 6:09pm

BALIK PULAU – Polis menumpaskan geng curi motosikal selepas menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang merupakan anggota kumpulan yang dikenali sebagai ‘Jun Gurun’ itu dalam beberapa serbuan di Bayan Lepas, dekat sini dan Kedah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan A. Anbalagan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan dua lelaki bersama sebuah motosikal jenis KTM Duke yang dilaporkan hilang dalam serbuan di kawasan Flat Kristal Idaman, Bayan Lepas pada 19 Sept lepas dan turut merampas dua batang kunci allen yang telah diubah suai.

“Siasatan awal, kedua-dua lelaki itu memang dikehendaki polis berkaitan kes curi motosikal di Mersing, Johor dan polis turut merampas pelbagai peralatan untuk mencuri kenderaan antaranya sepana boleh laras, playar serta pemutar skru.

“Susulan penahanan dua suspek itu, polis berjaya mengesan enam lagi lelaki termasuk seorang warga Indonesia di kawasan Pendang dan Gurun di Kedah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah motosikal dilaporkan hilang, rangka motosikal dan pelbagai komponen kenderaan itu yang dicuri antaranya enjin serta tayar di kawasan Gurun dan Pendang.

Anbalagan berkata berdasarkan siasatan, seorang daripada mereka berperanan untuk mengiklankan motosikal atau komponen kenderaan itu menerusi laman sosial Wechat dan geng berkenaan didalangi seorang remaja berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah.

Katanya lapan lelaki berusia 17 hingga 22 tahun itu terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal sejak hujung tahun 2016 dan kawasan tumpuan geng berkenaan adalah di sekitar Queensbay, Bayan Lepas dan Sungai Nibong, di sini.

READ ALSO  Pegawai institusi kewangan ditahan seleweng barang gadaian pelanggan

“Mereka mencuri motosikal di Pulau Pinang dan membawa balik ke sebuah stor di belakang rumah remaja berusia 17 tahun itu di Kampung Paya Serdang, Pendang sebagai tempat untuk menyimpan serta meleraikan komponan kenderaan yang telah dicuri,” katanya.

Beliau berkata susulan penahanan lapan lelaki itu, polis percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes curi motosikal di negeri itu dan berdasarkan siasatan, mereka menjual motosikal serta komponen berkenaan dengan harga RM250 hingga RM2,000.

Katanya kesemua mereka direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut 379A(1) Kanun Keseksaan. – Bernama







Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.