Lantik peguam pemerhati | Harian Metro

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah melantik peguam pemerhati sepanjang perbicaraan kes membakar pusat tahfiz itu.

Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood berkata, peguam pemerhati pada hari pertama tertuduh didakwa ialah Boestamam bin Ahmad dan Tuan Tajudin Razak.

“€œKami mengikuti setiap perkembangan perbicaraan kes berkenaan di mahkamah. Turut hadir semalam (kelmarin), peguam yang mewakili madrasah sebagai peguam pemerhati dan kehadiran peguam tersebut direkodkan oleh mahkamah.

“Peguam yang hadir semalam (kelmarin)ialah Boestamam Ahmad danTajudin Razak,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pihaknya turut mengambil inisiatif mendapatkan peguam yang sudi dan sedia memberikan perkhidmatan mereka secara percuma sebagai peguam pemerhati bagi pihak madrasah dan waris yang berkenaan pada perbicaraan akan datang.

“Barisan peguam berkenaan diketuai Abd Razak Muhidin. Insya-Allah pada 28 November ini (sebutan semula kes) peguam sukarela itu akan hadir dalam prosiding mahkamah sebagai peguam pemerhati bagi pihak tahfiz dan setiap waris yang memilih untuk diwakili.

Dua daripada tujuh suspek kes membakar pusat tahfiz itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin, atas tuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz berkenaan.

Mereka bersama lima lagi suspek turut dituduh memasukkan dadah dalam badan.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

READ ALSO  Unwanted in the only place they can call home

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.