Kuasa merotan | Harian Metro

Bangi: Pengetua dan guru besar mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman merotan pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah dan boleh menurunkan kuasa itu kepada mana-mana guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tanggungjawab itu diberikan kepada pengetua dan guru sekolah sejak awal tahun ini.

“Kuasa itu juga membolehkan pengetua mengarahkan mana-mana guru selain guru disiplin untuk melaksanakan hukuman merotan.

“Hukuman itu bagaimanapun tidak dibenarkan dilakukan di depan khalayak ramai ketika perhimpunan. Sebaik-baiknya dilaksanakan secara tertutup di dalam bilik,” katanya pada sidang media di Konvensyen Kebangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) 2017 di Auditorium Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Katanya, hukuman merotan itu perlu mengikut garis panduan yang dikeluarkan kementerian dan bukan hukuman yang seperti dilakukan di penjara.

“Terdapat beberapa sekolah yang disenaraikan sebagai hotspot kerana berhadapan dengan masalah disiplin seperti penyalahgunaan dadah, buli dan gengsterisme.

“Pihak sekolah perlu menangani situasi itu dan mencari penyelesaian agar elemen nilai bangsa yang semakin merosot ini selari dengan kemajuan pendidikan digital yang akan datang,” katanya.

Hadir sama, Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Datuk Rashidah Md Arif.

READ ALSO  Laluan LPT berhampiran Maran sesak dua treler terbabas


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.