KPKT tubuh ‘task force’ siasat penipuan skim rumah mampu milik

Noh Omar berkata pihaknya mengenal pasti 2 syarikat yang terlibat dengan skim penipuan itu dan meminta mangsa tampil membantu jawatankuasa itu membuat siasatan.

Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments

READ ALSO  Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup Sabtu ini

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.