Kontraktor maut motosikal rempuh kereta

PERMATANG PAUH 28 Sept. – Gara-gara tidak menggunakan laluan khas motosikal, seorang kontraktor maut selepas motosikal dinaikinya merempuh belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Butterworth Kulim arah ke Seberang Jaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.19 tengah hari di kilometer 9.2 itu, Mohammad Nor Amri Mohamad Sukor, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli gagal mengawal kenderaannya dan merempuh kereta Proton Waja yang dipandu seorang jurujual.

“Mangsa yang berasal dari Taman Saga dekat Kulim, Kedah tidak menggunakan laluan khas motosikal sebelum melanggar belakang kereta yang berhenti di lorong kecemasan akibat rosak.

“Akibat rempuhan kuat itu mangsa yang cedera di kepala meninggal dunia serta-merta dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Artis teruja sertai Karnival Inisiatif Peduli Rakyat


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.