Konsert sulung Dream Theater di ibu kota

Peminat muzik progresif metal dan progresif rock tanah air tentunya tidak sabar untuk menyaksikan konsert sulung Dream Theater yang akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Isnin ini jam 8.30 malam.

Di Malaysia, populariti Dream Theater yang dibarisi James La Brie (penyanyi), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike Mangini (dram) mungkin tidak sehebat Metallica, Guns N Roses, Megadeth atau Aerosmith, tetapi kedatangan mereka tetap dinanti-nanti terutama dalam kalangan pemuzik rock.

Ini kerana Dream Theater adalah band yang cukup dikenali dengan ketelitian mereka dalam penghasilan muzik. Gubahan muzik mereka dilihat cukup kompleks dan padat terutama daripada permainan gitar Petrucci yang juga ‘mastermind’ mereka.

Petrucci adalah antara pemain gitar terhebat dunia. Dia pernah diletakkan di kedudukan kedua sebagai Pemain Gitar Metal Terbaik dalam buku The 100 Greatest Metal Guitarists pada 2009.

Selain itu, Petrucci pernah dinamakan sebagai seorang daripada ‘Top 10 Fastest Shredders of All Time’ oleh majalah GuitarOne.

Bukan saja Petrucci, Rudess juga dilabel antara pemain keyboard terhebat dunia oleh pelbagai majalah muzik antaranya MusicRadar. Begitu juga dengan Myung yang diiktiraf sebagai antara pemain bass terhebat sepanjang zaman dalam undian dijalankan MusicRadar pada 2010.

Sementara itu, bekas pemain dram, Mike Portnoy yang meninggalkan band ini pada 2010 juga bukan calang-calang pemuzik. Dia sudah memenangi 30 anugerah daripada majalah Modern Drummer dan antara pemain dram termuda disenaraikan dalam Rock Drummer Hall of Fame ketika berusia 37 tahun.

Portnoy yang juga pengasas Dream Theater bersama Petrucci dan Myung adalah tulang belakang dalam gubahan muzik band ini bersama Portnoy.

READ ALSO  Bekas Ketua Menteri Sabah diberi ganti rugi RM600,000 | Nasional

Skil teknikal dalam permainan dramnya menjadikan Portnoy sebagai antara pemain dram terhebat dunia.

Konsert pertama mereka di Kuala Lumpur ini nanti adalah sebahagian daripada jelajah Image, Words & Beyond 25th Anniversary Tour yang bermula di Rom, Itali pada 30 Januari lalu.

Ia juga sempena ulang tahun ke-25 album Images & Words terbitan 1992. Image & Words yang juga album kedua Dream Theater adalah album mereka yang paling laris dan mendapat pengiktirafan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) selepas terjual lebih 600,000 unit.

Sejak album sulung When Dream and Day Unite pada 1989, Dream Theater sudah menghasilkan 13 album studio dan hingga hari ini semua album mereka terjual lebih 10 juta unit di seluruh dunia.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Myung dipetik sebagai berkata, konsert jelajah ini sukses dan tiket di kebanyakan lokasi habis dijual.

“Album Images & Words adalah album kami yang paling laris. Memainkan semula lagu daripada album itu dan melihat penonton ‘enjoy’ dengannya cukup menggembirakan kami.

“Ia sebuah album yang unik dan istimewa. Idea dan penerbitan album itu ketika itu memang tepat pada masanya,” katanya.

Album itu juga adalah album pertama LaBrie bersama Dream Theater selepas dia menggantikan penyanyi asalnya, Charlie Dominici.

LaBrie berkata, dia dipilih sebagai penyanyi Dream Theater selepas melalui sesi uji bakat bersama 200 lagi penyanyi.

“Pada hari uji bakat, saya datang ke New York dan menyanyikan hampir semua lagu daripada album pertama mereka. Selain itu, kami juga ‘jamming’ beberapa lagu baru yang kemudian dimuatkan dalam album Images & Words.

“Semuanya berjalan lancar. Selepas membawakan dua lagu, mereka melihat sesama sendiri dan terus berkata, ‘kaulah orangnya!’ Kami kemudian bermain beberapa lagu lagi dan keesokannya terus merakamkan demo,” katanya.

READ ALSO  SEVENTEEN luar biasa! | Harian Metro

Pada 9 April 2013, Images & Words memenangi anugerah Metal Madness 2013 dan menewaskan kumpulan dan artis rock terkemuka lain seperti Ronnie James Dio, Megadeth dan AC/DC.

Tahun ini, album terbabit menduduki tempat ke-95 dalam senarai 100 Album Metal Terbaik Sepanjang Masa oleh majalah Rolling Stone.

Harga tiket untuk menyaksikan konsert ini ialah RM488 (VIP), RM398 (Cat 1), RM308 (Cat 2), RM238 (Cat 3) dan RM188 (Cat 4).

Maklumat lanjut mengenai tiket sila layari www.ticketcharge.com.my.

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.