Konsep dobi untuk orang muslim tidak sesuai – Khairi Hassan

KANGAR 28 Sept. – Konsep perniagaan dobi layan diri hanya untuk orang muslim adalah tidak bersesuaian dengan negeri ini yang berbilang kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Khairi Hassan berkata, perkara itu jelas tidak mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk.

Katanya, walau bagaimanapun kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk melarang perkara itu dilaksanakan.

“Namun kita berharap bukan muslim semasa menggunakan perkhidmatan itu tidak membawa masuk haiwan peliharaan seperti anjing demi menjaga sensitiviti orang Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sebuah pusat dobi di bandar ini yang turtu dikesan mengkhususkan perkhidmatan tersebut hanya untuk orang muslim sahaja.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Khaw Hock Kong ketika dihubungi berpendapat, konsep pengasingan premis antara kaum tidak menggalakkan perpaduan.

“Saya bimbang selepas ini, akan wujud perkhidmatan yang mengasingkan kaum-kaum tertentu dan sudah tentu tidak baik untuk perpaduan kaum,” katanya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Gas klorin bocor bukan untuk kegunaan Melaka


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.