Koleksi lukisan peribadi Sultan Selangor di Balai Berita | Nasional

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Pameran Koleksi Peribadi Sultan Selangor di Galeri Prima, Balai Berita Bangsar, di sini, malam ini.

Serentak itu, baginda turut berkenan menyempurnakan pelancaran rasmi Galeri Prima.

Ia adalah kali pertama koleksi lukisan peribadi Sultan Selangor dibawa keluar dari istana untuk tontonan umum hasil kerja tangan 14 pelukis terkemuka negara.

Selain koleksi lukisan, pameran turut mengetengahkan 47 gambar Sultan Selangor yang dirakamkan seawal tahun 1950-an.

Selepas perasmian, Sultan Selangor berkenan melawat pameran 33 koleksi lukisan peribadi baginda yang ditempatkan di galeri berkenaan sejak 25 September lalu.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Tan Sri Ismee Ismail; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid; Pengerusi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Eksekutif Berita/Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengurus Galeri Prima, Azlin Aziz.

Ismee berkata lukisan yang dipamerkan itu adalah hasil kerja tangan pelukis negara sekali gus menunjukkan sokongan dan kepercayaan Sultan Selangor terhadap kredibiliti golongan itu.

Katanya, ia memberi pengiktirafan besar kepada individu terbabit sekali gus membolehkan mereka meletakkan nilai lebih tinggi terhadap lukisan berkenaan.

“Tidak dapat dinafikan juga, sokongan baginda memberi ruang kepada industri kreatif dan seni visual tempatan berkembang.

“Ia akan membuka mata pemerhati pasaran berkaitan bagi menilai potensi industri berkenaan.

“Pada masa sama, ia menjadi inspirasi kepada individu berbakat lain untuk menceburi bidang sama,” katanya.

READ ALSO  Sevilla halang hajat Liverpool raih tiga mata

Pelukis terbabit ialah Datuk Ibrahim Hussein; Datuk Azman Yusof; Datuk Hossein Enas; Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat); Jaafar Taib; Haron Mokhtar; Datuk Chuah Thean Teng; Datuk Sharifah Fatimah Syed Zubir; Raja Idris; Anisa Abdullah; Ilse Noor; Shafie Hassan; Ahmad Nazri Abdullah dan Abdul Fatah Ngah.

Azlin pula berkata Galeri Prima mencipta sejarah apabila menjadi galeri lukisan pertama di negara ini dibenarkan mempamerkan lukisan koleksi Sultan Selangor kepada umum.

Katanya, pameran berkenaan bertemakan ‘Terrains of the heart’ juga berjaya menarik minat dan perhatian warga tempatan dari seluruh negara sejak ia dipertontonkan Isnin lalu.

“Pameran mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, ada daripada mereka yang sanggup datang dari Melaka.

“Pengunjung sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini (kunjung pameran koleksi lukisan baginda)

“Ia berikutan sebelum ini, lukisan baginda tidak pernah dibawa keluar dari istana, ia kali pertama dipamerkan kepada orang ramai,” katanya.

Info Pameran Koleksi Peribadi Sultan Selangor

33 lukisan koleksi peribadi bagindaTempoh pameran 25 September 2017 hingga 20 Oktober ini. Dipamerkan di Galeri Prima, Balai Berita, Bangsar14 pelukis tersohor negara 47 gambar Sultan Selangor seawal tahun 1950-an turut dipamerkan

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.