Khidmat dobi Islamik sekadar strategi pemasaran | Nasional

KANGAR: “Saya tiada niat untuk wujudkan sentimen perkauman atau ganggu sensitiviti keagamaan. Ia strategi pemasaran semata-mata,” kata seorang pemilik pusat dobi berkonsep Islamik, di sini.

Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Shalihuddin, 36, mengakui khidmat dobi diusahakannya sejak dua bulan lalu itu memang khusus untuk orang Islam, tetapi ia bukan berniat mendiskriminasi.

“Jujur saya katakan ia hanya bermotifkan strategi pemasaran kerana majoriti penduduk Perlis beragama Islam. Di Perlis, ada banyak kedai dobi, jadi saya tawarkan kelainan bagi memudahkan komuniti Islam di negeri ini cuci pakaian tanpa was-was,” katanya.

Shalihuddin yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur, berkata beliau pernah dihubungi pelanggan bukan Islam yang bertanya sama ada boleh menggunakan perkhidmatan dobi miliknya.

“Bagi pelanggan bukan Islam saya beritahu mereka dobi ini khusus untuk Muslim dan mereka boleh terima. Saya juga memberi nombor telefon kedai dobi lain untuk memudahkan mereka.

“Apa yang boleh saya katakan, matlamat asal dobi berkonsep Islamik ini hanya taktik pemasaran, namun saya akur jika perlu diubah andai dianggap memberi impak buruk kepada masyarakat majmuk di negara ini.

“Malah saya sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa untuk memastikan bahawa Islam bukan agama sempit dan eksklusif untuk sesuatu kaum sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata pihaknya sudah berbincang dengan pengusaha pusat dobi berkenaan dan memberi pandangan dengan cara yang baik serta mesra.

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. – Foto NSTP/Yazit Razali

“Dalam hal ini, pengusaha sekadar cari pasaran perniagaan. Kita nasihat secara baik dan beliau akur,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Islam itu agama yang hidup dan beraksi dengan persekitaran secara seimbang dengan fiqah ke arah memudahkan dan bukan menyusahkan.

READ ALSO  120 NGO berhimpun bincang isu Rohingya | Nasional

“Saya nasihatkan umat Islam. Jika asal sesuatu bahan itu bersih, tidak zahir padanya najis sama ada dari segi warna, bau atau rasa, ia dikira bersih.

“Umat Islam di Malaysia perlu keluasan dalam bermazhab, perlu lihat Islam dari dimensi lebih luas. Masalah baharu banyak yang timbul dalam kehidupan manusia, maka pandangan pelbagai dari mazhab diperlukan dalam meluaskan horizon pemikiran kita,” katanya.



Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.