Khidmat dijangka pulih esok | Nasional

 

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka pulih sepenuhnya esok pagi selepas kerja penyelenggaraan dijalankan susulan kabel eletrik terputus, Sabtu lalu.

 

KTMB dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bekalan elektrik satu landasan pulih pada jam 8 pagi semalam, manakala kerja penyelenggaran yang sepatutnya siap pagi tadi dijadualkan pulih pada jam 10 pagi esok.

 

“Oleh sebab hanya satu landasan di antara stesen Rawang dan Sungai Buloh hari ini, perkhidmatan tren KTMB akan mengalami beberapa perubahan.

 

“Perkhidmatan tren bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang dijangka mengalami kelewatan antara 15 hingga 30 minit daripada jadual asal,” katanya.

 

Susulan itu, KTMB memaklumkan empat perkhidmatan tren terakhir ke laluan Rawang dan Tanjung Malim akan ditamatkan di Stesen Sungai Buloh.

 

“Penumpang akan dibawa menaiki bas dari Stesen Sungai Buloh ke stesen Rawang dan akan meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya menggunakan tren.

 

“Perkhidmatan tren bagi laluan Batu Caves-Seremban dan Tampin-Batu Caves, selain ETS bagi perjalanan ke utara dari KL Sentral serta Gemas pula beroperasi mengikut jadual,” katanya.

 

Bagaimanapun, penumpang tren 9019 bagi laluan Padang Besar-KL Sentral, terpaksa dibawa menaiki tren KTM Komuter dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen KL Sentral.

 

Penumpang tren 9525 bagi laluan Padang Besar ke Gemas akan dipindahkan dengan bas dari stesen Rawang ke Sungai Buloh dan akan meneruskan perjalanan menaiki ETS ke destinasi berikutnya. 

 

Penumpang tren 9520 bagi laluan Gemas ke Padang Besar akan dibawa menaiki bas dari Stesen Sungai Buloh ke stesen Rawang dan akan meneruskan perjalanan menaiki ETS ke destinasi seterusnya.

READ ALSO  Bagi maklumat, dapat imbuhan | Harian Metro

 

Bagi tren 9312 laluan KL Sentral dan Ipoh, penumpang akan dibawa dari Stesen KL Sentral menaiki tren KTM Komuter ke stesen Sungai Buloh dan menaiki bas ke stesen Rawang sebelum meneruskan perjalanan menaiki ETS.

 

Sementara itu, jurucakap KTMB ketika dihubungi BH berkata punca kejadian kabel putus itu masih disiasat.

 

Pengguna yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari akaun Twitter KTMB di @ktm_berhad.



Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.