Khalid tidak sertai Pas

KUALA TERENGGANU 30 Sept. – Desas-desus yang mengaitkan Tan Sri Khalid Ibrahim bakal bersama Pas terjawab apabila beliau mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa ini.

Bekas Menteri Besar Selangor itu yang mahu kekal dengan keadaannya sekarang bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk bersama membantu Pas dan kepemimpinan parti dalam membela nasib rakyat terutama dalam isu menangani kemiskinan.

“Saya tidak mahu menyertai mana-mana parti politik.Saya tidak boleh berucap panjang kerana mengejar penerbangan untuk ke Indonesia,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan ringkasnya sebelum acara kemuncak Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini malam ini.

Beliau menarik perhatian sudah sampai masanya Pas memberi tumpuan terhadap isu paling dekat dengan rakyat seperti ekonomi dan pendidikan selain kemiskinan.

“Sudah sampai masanya kita menerus langkah baharu. Saya sangat berterima kasih kepada Pas dan akan terus membantu bagi membela rakyat miskin.

Khalid menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas setelah kepemimpinannya ditolak PKR. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Warden putus cuping telinga digigit banduan warga Liberia

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.