Kesedaran PKS mengenai Revolusi Industri 4.0 masih di tahap sederhana

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kesedaran mengenai Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih di tahap sederhana.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, pengusaha PKS perlu memahami kepentingan revolusi itu bagi melonjakkan perniagaan ke peringkat yang lebih jauh.

“Saya melihat kefahaman PKS kita masih sederhana. Oleh sebab itulah perlunya ada dialog sebegini untuk memastikan mesej yang kita ingin sampaikan, dapat sampai kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjadi ahli panel Dialog Kesiapsiagaan PKS Bumiputera ke arah Megatrend dan Revolusi Industri 4.0, di sini hari ini.

Turut menjadi ahli panel dialog berkenaan ialah Ketua Eksekutif, SME Corp. Malaysia, Datuk Dr. Hafsah Hashim; Setiausaha Agung, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof. Datuk Dr. Hasan Mad, dan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Mohd. Nordin Abbas selaku pemudah cara.

Yang turut hadir merasmikan dialog berkenaan, Pengerusi, SME Corp. Malaysia, Tan Sri Dr. Mohamed Al-Amin Abdul Majid,

Antara ciri-ciri Revolusi 4.0 termasuk peningkatan automasi berserta rangkaian Internet, dan pengurusan data besar.

Penerapan ciri-ciri ini di dalam aktiviti perniagaan PKS dapat meningkatkan produktiviti dan pengeluaran yang optimum bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi pada kos yang lebih rendah melalui proses yang lebih cekap dan fleksibel.

Sesi Dialog anjuran SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu (MPM) ini bertujuan untuk membudayakan pemahaman Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan PKS tempatan dan memastikan mereka cukup bersedia menghadapi pasaran perniagaan yang semakin mencabar. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Seorang lelaki mati tergantung, dua anak ditemui dengan kesan jerut di leher


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.