Kes pusat tahfiz: Sebahagian remaja ditahan, didakwa esok








TERKINI

Kes pusat tahfiz: Sebahagian remaja ditahan, didakwa esokKes pusat tahfiz: Sebahagian remaja ditahan, didakwa esok

27/09/2017 3:13pm

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada tujuh remaja yang ditahan susulan kebakaran pusat tahfiz di Datuk Keramat baru-baru ini, akan dihadapkan ke mahkamah di sini esok.

Tanpa mendedahkan bilangan sebenar mereka yang akan menghadapi pertuduhan, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis telah melengkapkan siasatan berhubung tragedi 14 September lalu yang mengorbankan 23 nyawa itu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati hanya sebahagian daripada tujuh suspek terlibat secara langsung membakar pusat tahfiz itu.

“Ada yang tidak terlibat secara aktif, contohnya mereka berada di lokasi kejadian atau berada ketika perbincangan.

“Namun kami akan pastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang tidak terlibat secara aktif ini mengikut seksyen lain seperti (kesalahan) dadah atau lain-lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. – Bernama







READ ALSO  Hindraf belum mohon sertai PH, kata Dr M

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.