Kes penipuan umrah dan haji catat kerugian RM11.1 juta sejak lima tahun lalu








TERKINI

Kes penipuan umrah dan haji catat kerugian RM11.1 juta sejak lima tahun laluKes penipuan umrah dan haji catat kerugian RM11.1 juta sejak lima tahun lalu

25/09/2017 4:19pm

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD


Haris menyampaikan cenderahati kepada Superintendan Mohamed Zulmazi di Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan Kepada Orang Awam di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebanyak 287 kes penipuan umrah dan haji dicatatkan di seluruh negara dengan membabitkan nilai kerugian RM11.1 juta sejak dari tahun 2012 hingga Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Superintendan Mohamad Zulmazi Che Daud berkata, di negeri Kelantan pula menunjukkan peningkatan sebanyak enam kes pada tahun lalu membabitkan kerugian RM298,990.

“Pada tahun 2015 hanya satu kes sahaja dicatatkan membabitkan kerugian RM5,990. Sebanyak 12 kes disiasat sepanjang empat tahun dari 2013 sehingga 2016 termasuk penipuan pakej umrah melibatkan orang kenamaan.

“Penipu menggunakan modus operandi berpewatakan alim dan warak untuk memperdayakan mangsa terutamanya golongan yang sudah berusia,” katanya ketika ditemui pada Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan Kepada Orang Awam di sini hari ini.

Program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia negeri Kelantan itu disertai hampir 50 peserta dan telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pengkalan Chepa, Haris Hussin.

Turut hadir Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia negeri Kelantan, Mohd. Aidil Afizie Daud; Penolong Pegawai Tadbir Tinggi, Bahagian Pelesenan Pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Abd. Ghani Ghazally dan Ketua Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia negeri Kelantan, Mohd. Shukri Yaacob.

READ ALSO  Galak teknologi hijau | Harian Metro

Katanya, pada tahun lalu pihaknya menyiasat satu kes di mana penipu memperdaya satu rombongan umrah yang turut disertai VIP membabitkan kerugian RM27,500.

“Suspek utama kes tersebut masih menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan sehingga hari ini. Saya mahu menasihatkan bakal jemaah agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej yang terlalu murah,” katanya.

Program itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu-isu dalam pengendalian umrah dan cara mengenali agensi pelancongan berlesen agar tidak ditipu. –









Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.