Kerjasama ANGKASA-Yakult perkasa perniagaan koperasi sekolah

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) terus memperkasa perniagaan koperasi di sekolah-sekolah dengan menjalinkan jaringan perniagaan bersama syarikat antarabangsa, Yakult sekaligus menyasarkan keuntungan sebanyak RM1 juta pada akhir tahun ini.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama tersebut sekali gus mampu membuka peluang kepada koperasi sekolah menceburi bidang perniagaan baharu iaitu memasarkan produk minuman susu kultur keluaran Yakult melalui koperasi di sekolah-sekolah menengah.

“Kita harapkan dengan memasarkan produk minuman ini dapat menggalakkan para pelajar mengamalkan pemakanan sihat sejajar dengan arahan kementerian supaya produk makanan yang dijual mestilah berkhasiat.

“Di samping itu, ini juga dapat melatih pelajar dari segi keusahawanan dan kemahiran komunikasi supaya ciri-ciri tersebut dapat dilahirkan dari bangku sekolah lagi,” katanya yang juga merupakan Presiden Organisasi Koperasi ASEAN (ACO) pada sidang akhbar program Jaringan Perniagaan Bersama Yakult di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya hari ini. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Lelaki maut dipercayai dilanggar lari

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.