‘Kerja keras untuk menang’ | Politik

BERA: Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO perlu bekerja keras dalam usaha mencatat kemenangan meyakinkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembangkang pasti menggunakan pelbagai cara untuk meraih undi termasuk media sosial dan ceramah umumnya.

Katanya, UMNO mempunyai pendekatan tersendiri mendekati rakyat tetapi ahli parti perlu berwaspada kerana pembangkang juga akan mengikut kaedah dan pendekatan UMNO.

“Beberapa pendekatan digunakan BN untuk menarik perhatian rakyat membuahkan kejayaan dalam pilihan raya lalu.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) menikmati juadah bersama penduduk sempena majlis kenduri kampung selepas menunaikan solat Jumaat di Masjis Kampung Jelam,Durian Tawar. – Foto NSTP/Ihsan Pembaca BH

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, empat dari kanan) menikmati juadah bersama penduduk sempena majlis kenduri kampung selepas menunaikan solat Jumaat di Masjis Kampung Jelam, Durian Tawar. – Foto NSTP/Ihsan Pembaca BH

“Pendekatan yang signifikan juga tambah menguatkan BN supaya bersiap-sedia berdepan apa juga situasi.

“Kita perlu memberi tumpuan terhadap permuafakatan bagi menggerakkan jentera pilihan raya.

“Sebagai contoh, jika pertandingan satu lawan satu, maka semua ahli parti komponen perlu berganding bahu untuk memastikan kemenangan calon BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri kampung di Masjid Kampung Jelam, Durian Tawar di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata, semua ahli UMNO tidak perlu memikirkan bentuk pertandingan, sebaliknya bersedia memastikan kemenangan setiap kerusi dipertandingkan.

READ ALSO  Saman Tony Pua terhadap Najib dibatal

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.