Kerajaan Negeri Selangor gagal merayu

PUTRAJAYA 27 Sept. – Kerajaan Negeri Selangor gagal merayu perintah Mahkamah Rayuan yang memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengemukakan perincian maklumat berkaitan kod lokaliti dan nama 136,272 pengundi di Selangor semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994 dan 2003.

Kerajaan Negeri Selangor juga tidak dibenarkan memeriksa balas Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu dalam permohonan semakan kehakiman yang akan didengar di Mahkamah Tinggi.

Perkara itu dicapai selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kerajaan pimpinan pembangkang itu untuk mendapat kebenaran merayu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Aziah Ali sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan persoalan undang-undang yang dikemukakan tidak mengandungi isu baharu.

Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan SPR tidak perlu mengemukakan perincian maklumat berkaitan kod lokaliti dan nama 136,272 pengundi di Selangor semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994 dan 2003.

Kerajaan Negeri Selangor yang diwakili oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri itu.

Beliau memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi Perlembagan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.

Anggota Parlimen Gombak itu juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaharu dalam urusan persempadanan semula itu adalah tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas, oleh itu adalah tidak sah dan terbatal. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Gol lewat minit Ronaldo selamatkan Real


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.