Kerajaan nafi pelarian Rohingya dihantar ke Sarawak

PUTRAJAYA 13 Sept. – Kerajaan memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di negara ini tidak akan dipindahkan ke Bau dan Serian, Sarawak seperti ditularkan melalui media sosial.

Dr. Richard Riot Jaem

Dr. Richard Riot Jaem


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot Jaem berkata, jaminan tersebut diberikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

“Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak merupakan berita palsu dan meminta semua pihak tidak mempercayainya.

“Beliau turut menggesa supaya mana-mana pihak yang menerima berita palsu ini melalui media sosial segera melaporkan kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Agong sempurnakan majlis korban

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.