Keputusan Ligue 1 Perancis | Bola

PARIS: Berikut adalah keputusan aksi bola sepak saingan Ligue 1, Perancis yang berlangsung awal pagi tadi.

Saint-Etienne 2 (Gabriel m-45+2, Bamba m-70-penalti) Rennes 2 (Bourigeaud m-41, Khazri m-53-penalti)

Strasbourg 1 (Da Costa m-10) Nantes 2 (Thomasson m-13, Dubois m-24)

Marseille 2 (Thauvin m-32, Ocampos m-61) Toulouse 0

– AFP

READ ALSO  Mayat pelajar tahfiz ditemui tersangkut pada pokok bakau


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.