Kepakaran tahap global | Harian Metro

Jeddah (Arab Saudi): Kejayaan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam pengendalian operasi tren haji, Al-Mashaaer Al-Mugaddasah Metro Southern Line (MMMSL) membuktikan potensi besar negara sebagai pengeksport modal insan dan khidmat kepakaran di peringkat global.

Bagi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), ia sebahagian daripada segmen baru yang perlu diberikan perhatian dalam usaha memperkukuhkan aktiviti perdagangan luar negara khususnya di Arab Saudi yang ketika ini lebih bertumpu kepada eksport produk.

Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di sini, Khairul Annuar Abdul Halim berkata, pengalaman di tanah air dimanfaatkan sepenuhnya syarikat berkenaan dalam meneroka sektor pengangkutan awam di negara berkenaan terutama dalam pengendalian operasi tren haji.

“Dengan kehadiran 650 petugas di peringkat pengurusan dan sokongan termasuk kejuruteraan serta teknikal, Prasarana berjaya mengendalikan operasi tren berkenaan yang diperakui sebagai paling padat dan sibuk di dunia dengan lancar hingga dikagumi Arab Saudi dan negara Islam lain.

“Semangat Prasarana dalam memanfaatkan peluang eksport itu seharusnya menjad ikutan syarikat tempatan lain untuk meneroka peluang seumpamanya di peringkat global khususnya di Arab Saudi,” katanya, di sini.

Beliau berkata, keupayaan syarikat berkenaan turut membuka mata beberapa operator tren dari kalangan negara maju lain, sekali gus mewujudkan persaingan dalam merebut peluang pengendalian operasi tren itu pada musim haji akan datang.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya yakin dengan pelbagai kelebihan dimiliki syarikat tempatan itu terutama dari segi pemilikan tenaga kerja mahir dan pakar selain pengalaman luas dalam sektor pengangkutan awam menyebabkan peluang dijangka terus diberikan kepada Prasarana.

“Malaysia juga berpotensi membekalkan tenaga kerja dalam sektor perubatan, hospitaliti, kejuruteraan dan pembinaan. Kita sudah membuktikan melalui pasukan jurutera dalam projek pembesaran Makkah selain tenaga pakar sektor minyak dan gas di Rabigh, Jeddah,” katanya.

READ ALSO  Najib: Putrajaya akan miliki pusat pameran terbesar di Asia Tenggara

Menurutnya, perkembangan positif itu susulan usaha Riyadh mempelbagaikan sumber ekonominya bagi mengelak kebergantungan terhadap hasil petroleum akibat ketidaktentuan harga pasaran minyak dunia hingga kini berada di bawah paras AS$50 setong.

Dalam konteks itu, Khairul Annuar memaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga disenarai pendek oleh Arab Saudi bagi bidaan projek pembekalan tenaga solar seiring dengan usaha membangunkan teknologi hijaunya, sekali gus memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara itu.

“Justeru, keberadaan tenaga kerja mahir dan pakar ini termasuk syarikat kita di Arab Saudi membuktikan kesediaan negara dalam membekalkan modal insan berkemahiran tinggi serta meneroka peluang ekonomi di peringkat global,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Malaysia–Arab Saudi mencatatkan prestasi dagangan cukup memberangsangkan pada tahun lalu apabila mencatatkan peningkatan 27.8 peratus kepada RM14 bilion berbanding RM11 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, sektor pembinaan masih mendominasi hubungan kerjasama perdagangan itu selain industri petroleum, pengangkutan awam, aeroangkasa, produk halal dan perkhidmatan haji.

“Dalam kalangan negara Islam, Arab Saudi terus mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang utama dan strategik bagi Malaysia yang mampu memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh jangka panjang,” katanya.

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.