‘Keikhlasan tidak mengira agama atau bangsa…’

 

“KITA kan manusia, keikhlasan tidak mengira agama atau bangsa,” kata G Ashok, 29, seorang daripada pengunjung bukan Islam yang memberi sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung yang terbakar.

Kata Ashok, konsep pemahaman agama adalah bergantung kepada individu, namun niat untuk membantu lahir dalam jiwa setiap manusia.

Ashok yang datang dari Shah Alam berkata, dia mengetahui berita kebakaran pusat tahfiz itu pada malam hari kejadian lalu berhasrat untuk menziarah tahfiz berkenaan selepas simpati dengan mereka yang terbabit dalam tragedi mengorbankan 23 nyawa itu.

“Adik saya meninggal dunia selepas terperangkap di dalam kereta dan terhidu karbon monoksida dua tahun lepas. Apabila mendengar berita yang dialami oleh anak-anak tahfiz ini, saya turut rasai kesedihan yang menyelubungi keluarga mereka.

“Apabila melihat tingkat tiga bangunan yang terbakar ini, saya boleh nampak anak-anak ini melambai minta tolong dan dengar jeritan mereka,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, soal memberi sumbangan kepada pusat tahfiz itu, baginya rakyat Malaysia tidak ada masalah untuk membantu biarpun berlainan bangsa dan agama.

“Saya pun ada buat kutipan sumbangan dengan rakan-rakan lain yang juga berbilang bangsa dan agama tetapi kita tidak menghebahkan perkara itu kerana kita kena ikhlas,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod berkata, sokongan moral yang dizahirkan oleh pengunjung yang hadir melampaui batas agama dan bangsa.

Katanya, dia menganggap perkara itu sebagai satu keajaiban dalam hidup bermasyarakat di Malaysia apabila ada antara yang menziarah dan menyumbang datang dari jauh, golongan berusia, tidak berkemampuan dan berbilang agama.

“Saya perhatikan biarpun mereka ini tiada pertalian dengan keluarga mangsa, namun sifat dan semangat untuk beri sokongan serta membantu terserlah pada raut wajah mereka.

READ ALSO  Kementerian Kesihatan tidak terbabit | Nasional

“Syabas saya ucapkan dan ini adalah budaya yang kita mahu tonjolkan sekaligus menunjukkan masih ramai yang prihatin terhadap institusi tahfiz di negara ini,” katanya.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

 



Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.