Kedai kelengkapan rumah dirompak, pengawal keselamatan disembur cecair pemedih mata








TERKINI

Kedai kelengkapan rumah dirompak, pengawal keselamatan disembur cecair pemedih mataKedai kelengkapan rumah dirompak, pengawal keselamatan disembur cecair pemedih mata

22/09/2017 10:08pm

Oleh AZMA KHAIRUL AZHAR


Beberapa barang jualan seperti telefon bimbit dan komputer riba berjaya dilarikan penjenayah.

JEMPOL – Seorang pengawal keselamatan cedera di mata selepas disembur cecair pemedih mata oleh seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah kedai menjual perabot dan barangan elektronik di Jalan Kiara 4, Bahau dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu, dua penjenayah terbabit turut melarikan lapan telefon bimbit dan dua unit komputer tablet pelbagai jenama bernilai ribuan ringgit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan, berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata. –







READ ALSO  10 pendaki lengkap misi ke Gunung Daik di Riau, Indonesia

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.