Kebun Cinta masuk ITBM | Harian Metro

Bermula Februari lalu, Biro Kesenian & Kebudayaan Pertubuhan Warisan Anak Jawi (PEWAJA) aktif menganjurkan program Kebun Cinta yang menghidangkan persembahan akustik, nyanyian, bacaan puisi, monolog, diskusi dan apresiasi seni yang berlangsung setiap malam minggu di Kota Damansara, Selangor.

Bagaimanapun, buat julung kalinya, PEWAJA akan membawa Kebun Cinta keluar ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Kuala Lumpur esok dan dinamakan sebagai Kebun Cinta Edisi Khas.

Pengerusinya Amirrudin Nordin berkata, Kebun Cinta diwujudkan sebagai medan menghimpun dan menyatukan penggiat serta peminat kesenian dalam usaha menyampaikan mesej ketuhanan dan kemanusiaan melalui jalan kesenian.

“Untuk persembahan Kebun Cinta Edisi Khas kali ini, kami akan menampilkan sebuah persembahan istimewa oleh saudara Wanji Aswandi dan Saidin Omar atau lebih dikenali sebagai Adinda Amiro.

“Selain persembahan, Biro Kesenian & Kebudayaan juga menawarkan program Klinik Kemahiran Seni & Kesenian yang bermatlamat meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri melalui dua kelas yang dikelolakan Adinda Amiro serta Wanji Aswandi,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua insan kreatif ini akan berkongsi ilmu melalui kelas ‘Menjadi Komposer Dalam Masa Sehari’ dan ‘Tancak Budi Sejati’ iaitu sejenis praktik meditasi Adab dan Aurad Melayu dalam membangkitkan daya dalam diri.

Dalam program sama, PEWAJA turut menganjurkan Klinik Kemahiran Seni & Kesenian yang akan bermula pada jam 11 pagi hingga 4 petang dengan yuran penyertaan dikenakan RM 110 seorang.

Amiruddin berkata, Kebun Cinta Edisi Khas juga dalam usaha menghimpun dana #MisiKemanusiaanKaryawanSeni, bagi membantu dan menyahut sikap keprihatinan dramatis Fauziah Nawi berkenaan pekerja industri seni yang berada dalam kesusahan terutama pengidap sakit kronik sehingga tidak mampu menyara keluarga.

“Ini bertepatan matlamat penubuhan PEWAJA yang membawa maksud matlamat dakwah persaudaraan demi menyatukan, membangun dan menjaga kesatuan umat Islam serta bangsa Melayu khususnya berdasarkan Pendidikan, Kesenian, Kebajikan,

READ ALSO  Potensi raih RM1.6b | Harian Metro

Ekonomi dan Keselamatan.

“Sehingga kini, PEWAJA sudah melaksanakan beberapa program iaitu Program Cilik Pondok Waja untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah, Bina Diri Wanita untuk membina jati diri wanita dalam menghadapi cabaran zaman kini, Kursus Asas Rawatan Islam dan Kursus Asas Sembelihan,” katanya.

Kebun Cinta Edisi Khas di Dewan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan berlangsung pada jam 8.30 malam dengan sumbangan masuk RM35.

Yuran Pakej untuk kedua-dua Klinik Kemahiran Seni & Kesenian dan Kebun Cinta Edisi Khas hanya RM130.

Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menempah tiket menerusi Instagram PEWAJA dan Facebook Pertubuhan Warisan Anak Jawi.

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.