Kebakaran pusat tahfiz : Kertas siasatan telah diserah

KUALA TERENGGANU 25 Sept. – Kertas siasatan tujuh remaja yang didakwa terlibat dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa pada 15 Mei lalu, telah diserahkan kepada Peguam Negara, pagi ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

“Polis sudah menyerahkan kertas siasatan dan menunggu arahan selanjutnya daripada pejabat Peguam Negara. Jadi kita tunggu arahan (Peguam Negara), apa bentuk tindakan dan pertuduhan terhadap mereka itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini sebentar tadi sempena lawatan rasminya ke kontinjen ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed; Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid.

Dalam kejadian 15 September lalu, sebanyak 23 penghuni asrama pusat tahfiz tersebut terkorban selepas dibakar sekumpulan tujuh remaja termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Tujuh suspek terbabit masih dalam tahanan reman sehingga 29 September depan. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Pemain video seluruh negara terkejut SKMM sekat Steam

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.