Kastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GST








TERKINI

Kastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GSTKastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GST

13/09/2017 5:33pm

Subromaniam ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Pejabat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Jalan Niaga di sini hari ini.

KOTA TINGGI- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah dan berita palsu mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata langkah itu bagi membendung pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap GST sejak kebelakangan ini.

“Saya sedih apabila kadang-kadang dapat WhatsApp daripada kawan-kawan, kita baca dan tahu berita tidak betul.

“Generasi muda pula mudah percaya. Jadi, memang patutlah ada pihak siasat dan saya rasa janganlah anggap semua rakyat bodoh. Memang ada sebahagian yang percaya tetapi kita boleh mengambil tindakan ‘pembetulan’,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Pejabat GST Kota Tinggi bagi memberi kemudahan kepada lebih 4,000 syarikat yang berdaftar dalam sistem cukai terbabit.

Terdahulu, dalam ucapannya, Subromaniam meminta supaya ahli-ahli politik tidak menggunakan isu GST sebagai bahan kempen untuk menjatuhkan kerajaan.

Katanya, GST yang terbukti memberi kesan positif kepada ekonomi terutama dari segi daya saing Malaysia, telah dilaksanakan di beberapa negara.

“Setakat ini, tidak ada mana-mana negara yang kembali kepada sistem percukaian asal selepas melaksanakan GST. Jadi, usahlah rakyat terperdaya dengan cerita-cerita karut kononnya ia boleh diganti dan sebagainya. Ia sangat mustahil dilakukan,” katanya. – Bernama

READ ALSO  Dua lelaki muat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, TMJ ditahan








Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.