Karya Shekar pamer keindahan Malaysia | Nasional

Petaling Jaya: Sama ada sedar atau tidak, kita sering memuji keindahan negara luar tanpa menyedari landskap bumi yang dipijak ini memiliki keistimewaan dan keunikan tersendiri.

Berikutan itu, jurugambar profesional, SC Shekar mengambil inisiatif merakamkan keindahan yang ada di bumi Malaysia dan dikumpul serta dibukukan dengan tajuk Grit & Grace: The Grandeur of Monochrome Malaysia.

Buku setebal 330 muka surat itu memaparkan keindahan landskap dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum serta menyentuh aspek sejarah, geografi dan kebudayaan.

“Semuanya bermula lima tahun lalu, ketika menyiapkan buku bertajuk Raising Land. Ketika menaiki helikopter untuk merakam bentuk muka bumi Sarawak, saya dapat melihat cantiknya negeri ini.

“Keindahan Sarawak memberi inspirasi kepada saya untuk merakam seluruh Malaysia dan saya lakukan bahagian demi bahagian,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Shekar berkata, beliau banyak merakam gambar dari ruang udara dengan menggunakan helikopter

Katanya, antara keunikan Malaysia adalah negara mengalami kadar petir yang tinggi dan suasana itu sangat menarik untuk dirakam.

Bercerita mengenai penghasilan bukunya yang mengambil masa tiga setengah tahun, Shekar berkata, buku itu mengandungi 14 bahagian membabitkan semua negeri di Malaysia.

Lambang semua masyarakat

Katanya, setiap bahagian merangkumi landskap, masyarakat dan budaya, malah menariknya, buku itu adalah dalam bentuk hitam putih yang melambangkan semua masyarakat di Malaysia adalah satu.

Dalam merakamkan gambar masyarakat Orang Asli, Shekar mengambil masa yang panjang.

“Untuk merakam masyarakat Orang Asli, kita tidak boleh pergi ambil gambar dan kemudian terus pulang kerana cara itu, kita tidak akan dapat apa-apa.

“Sebaliknya, kita perlu ambil masa mengenali dan bergaul dengan mereka, daripada situ, barulah kita boleh memahami serta mendapat kerjasama mereka.

READ ALSO  Garbine no.1 WTA | Harian Metro

“Cara ini kita dapat melihat cara hidup mereka yang sebenarnya, sekali gus dapat merakam suasana yang menarik,” kata bekas jurufoto sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Untuk memaparkan keharmonian dan budaya pelbagai kaum di Malaysia, Shekar memaparkan semua perayaan dan acara kebudayaan, termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Thaipusam dan Krismas.

Menariknya, buku ini dimulakan dengan Kedah memandangkan muka bumi di negeri ini dikatakan yang tertua di Asia Tenggara.

“Buku ini dibuat untuk membawa kita kembali melihat asal usul, tanah air, masyarakat dan kebudayaan menerusi foto yang cantik serta mempunyai penceritaan di setiap pelosok negara.

“Dengan kerjasama Khazanah Nasional dalam penghasilan buku ini, saya berharap ia dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan etnik. Kita perlu menyayangi tanah air sendiri,” katanya yang berkelulusan dalam bidang undang-undang.

Projek fotografi Grit & Grace adalah inisiatif Khazanah Nasional dalam meraikan perjalanan Malaysia dan membina bangsa.

Selain buku foto, hasil karya Shekar itu juga akan diterbitkan dalam versi e-book dan akan diedarkan ke semua Sekolah Amanah di bawah Yayasan AMIR untuk manfaat pelajar.

Bersempena sambutan Hari Malaysia, karya Shekar akan dipamerkan pada 16 September hingga 16 Oktober di No 2, Jalan Hang Kasturi yang terletak di bangunan lama OCBC Bank berhampiran Pasar Seni.

Mereka yang berminat membeli buku ini dan ingin mengetahui maklumat lanjut mengenainya
boleh melayari www.scshekar.com/gritandgrace.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.