Karnival Santai SMK DTHO berlangsung esok








TERKINI

Karnival Santai SMK DTHO berlangsung esokKarnival Santai SMK DTHO berlangsung esok

29/09/2017 10:44am

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Karnival Santai Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (SMK DTHO) 2017 yang akan berlangsung di Laman Bestari SMK DTHO, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini esok.

Karnival anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK DTHO itu akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari manakala untuk majlis penutup pula akan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Pelbagai acara menarik dan jualan promosi akan berlangsung pada karnival tersebut yang bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 4 petang esok.

Antaranya senamrobik, jualan promosi Perwira Niaga Malaysia (Pernama) dan pakaian sekolah, pendaftaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, promosi produk tempatan, pameran motosikal daripada Kelab Kawasaki [email protected], persembahan artis serta cabutan bertuah. –






READ ALSO  30 tahun, 145 ijazah | Harian Metro


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.