Kane boleh meningkat lagi – Pochettino | Bola

LONDON: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane adalah salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini namun bintang England itu masih boleh meningkat, kata pengurus Mauricio Pochettino.

Selepas kemarau jaringan pada Ogos, Kane meledak sembilan gol dalam lima perlawanan pada September termasuk dalam dua kunjungan Spurs ke laman lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund.

Kane merekod hatrik pertamanya dalam Liga Juara-Juara ketika kemenangan 3-0 ke atas APOEL Nicosia, semalam dan ketajamannya meraih pujian menggunung daripada Pochettino yang percaya peledak England itu mampu meningkatkan permainannya.

“Dia adalah seorang penyerang terbaik di dunia dan kerana dia masih lagi muda, dia boleh meningkat,” kata Pochettino menjelang kunjungan Spurs ke Huddersfield dalam saingan EPL, esok.

“Potensi yang dimilikinya, sikap profesional, dia mempunyai banyak ruang untuk meningkat.”

Pochettino begitupun berkata Kane tidak sepatutnya dibandingkan dengan penyerang Real Madrid , Cristiano Ronaldo dan bintang Barcelona, Lionel Messi kerana dia adalah pemain yang terlalu berbeza.

“Saya tidak berkata dia lebih bagus daripada Cristiano dan Lionel Messi yang berada di tahap yang berbeza. Mereka adalah yang terbaik dan sudah menunjukkannya sejak lima ke 10 tahun lepas.

“Kami tidak boleh meletakkan begitu banyak tekanan kepada Harry kerana dia masih muda… Harry adalah penyerang, pembunuh.

“Mereka juga adalah pembunuh tetapi bermain di posisi yang berbeza dan mempunyai gaya yang berbeza. Ia tidak membantu Harry jika kami mula membandingkannya dengan pemain-pemain ini.”

Perancang Tottenham, Christian Eriksen yang terlepas aksi menentang APOEL berikutan tidak sihat dijangka akan kembali beraksi manakala pertahanan, Serge Aurier akan terlepas susulan penggantungan.

READ ALSO  Keys, Stephens bertarung rebut kejuaraan Terbuka AS

Bintang tengah, Mousa Dembele, Victor Wanyama, Erik Lamela dan Danny Rose juga tidak dapat diturunkan susulan kecederaan. – Reuters



Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.