Kan dah patah tangan, hidung [METROTV]

LELAKI Nigeria patah tangan kanan dan hidung apabila terjatuh dari tingkat lima Apartmen Flora Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu berpaut pada piring ASTRO di luar balkoni ketika rumahnya diserbu.

Bagaimanapun, dia tidak bernasib baik apabila besi piring itu patah, menyebabkan dia terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, warga Nigeria itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Katanya, dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor itu seramai 171 warga asing diperiksa dan 51 daripadanya ditahan kerana melakukan kesalahan Imigresen.

“Ujian saringan air kencing masih dijalankan dan setakat ini, 10 warga asing didapati positif dadah,” katanya ketika sidang media di Balai Polis Damansara di sini, malam tadi.

Operasi bersepadu bermula 7 malam berakhir pada 11 malam itu disertai 44 pegawai dan 368 anggota polis, turut disertai penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

READ ALSO  Pan Gon tak puas hati

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.