Kalung bunga, cat walk ‘serikan’ pusat hiburan | Kes

KUALA LUMPUR: Seramai 80 warga asing termasuk empat mak nyah warga Thailand ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dalam operasi Jabatan Imigresen di sebuah pusat hiburan di Kepong di sini, awal pagi ini.

Dalam Ops Gegar yang bermula jam 1 pagi itu, warga asing yang ditahan ialah 54 wanita dan lapan lelaki warga Thailand; lapan wanita warga Laos; tiga lelaki warga Myanmar; dua wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga Bangladesh.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata seramai 143 orang diperiksa dalam operasi yang membabitkan 35 pegawai imigresen.

Kesemua warga asing ditahan bekerja sebagai pemain muzik, penari, penyanyi, pelayan pelanggan dan pekerja di premis berkenaan.

“Antara kesalahan mereka ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafar berkata, pemeriksaan mendapati ada aktiviti kalungan bunga dan persembahan ‘cat walk’ di atas pentas di premis berkenaan.

Bayaran bagi kalungan bunga adalah RM20, manakala mahkota dan jubah, masing-masing RM100 dan RM688.

“Pelanggan akan memberikan jubah sebagai tip kepada wanita yang dipilih oleh mereka dan selepas itu, mereka dibenarkan membawa keluar wanita berkenaan,” katanya.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

READ ALSO  Perbicaraan kes bunuh Jong-nam bermula | Kes


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.