`Kalau singkir PAS mereka akan terpelanting’ | Politik

KUALA TERENGGANU: Putusnya hubungan dan kerjasama PAS dengan gabungan parti pembangkang tidak sedikitpun merugikan parti itu, sebaliknya akan menyebabkan ‘musuh’ PAS itu yang ‘terpelanting’.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu terus meraih sokongan hebat daripada rakyat, sedangkan gabungan parti pembangkang yang kini menjadi ‘musuh’ PAS semakin hilang pengaruh.

Beliau berkata, dengan 7,000 cawangan PAS di 195 kawasan seluruh negara, adalah satu kerugian besar apabila Pakatan Harapan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS yang mempunyai kekuatan jauh lebih besar daripada gabungan parti pembangkang.

“Kita sangat terbuka dengan parti lain, termasuk rakan Pakatan Rakyat dulu. Cuma mereka yang tidak tahu menilai kekuatan PAS.

“Mereka sepatutnya sedar PAS ada 195 kawasan di seluruh negara dan 7,000 cawangan. Mereka tidak boleh singkir PAS.

“Kalau singkir PAS mereka akan terpelanting. Bukan kita singkir mereka, (tetapi) mereka menyingkirkan diri mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Fastaqim 2.0 di Kelab Golf Kuala Terengganu, di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pakatan Harapan tidak perlu takut dengan PAS, sebaliknya perlu menghormati kekuatan parti itu yang boleh mengganggu-gugat sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

Sambil menjadikan Fastaqim 2.0 yang sedang berlangsung sebagai indikator kemampuan PAS dalam meraih sokongan rakyat terhadap parti itu, beliau turut menyelar pemimpin Parti Amanah Negara, Hanipa Maidin, yang menyifatkannya sebagai ‘mengarut’ apabila menggesa ahli PAS hadir ke program itu.

READ ALSO  Penangan air busuk | Harian Metro

“Terpulang pada ahli PAS untuk menilai saya. Saya tidak perlu orang lain menilai saya.

“Ahli PAS terdiri daripada kalangan pelbagai pihak, bukan sahaja orang kampung, tetapi juga kalangan profesional, ulama, pensyarah dan orang bukan Islam.

“Adakah mereka semua ini ditipu? Adakah 200,000 yang hadir hari ini semua kena tipu? Terpulang kepada mereka menilai sendiri,” katanya.

Abdul Hadi juga mengakui Fastaqim 2.0 adalah sebahagian persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengenai hasrat DAP mahu merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada PRU-14, Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang berkata:

“Ini negara demokrasi, boleh bertanding di mana sahaja dia nak letak calon asalkan ada kawasan Parlimen. Asalkan bukan Pulau Kapas, Pulau Bidong”.

Abdul Hadi juga dijadual melancarkan jentera pilihan raya PAS pada kemuncak Fastaqim 2.0, malam esok.

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.