Kafa jelaskan gaji pemain bagi Julai dan Ogos








TERKINI

Kafa jelaskan gaji pemain bagi Julai dan OgosKafa jelaskan gaji pemain bagi Julai dan Ogos

25/09/2017 7:25pm

Kapten Kelatan, Badhri Radzi menerima cek gaji daripada Bibi Ramjani hari ini.

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan bagi Julai dan Ogos.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, bayaran tunggakan gaji itu merupakan komitmen pihaknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh barisan pemain dan kejurulatihan pasukan Kelantan.

“Pembayaran ini bermakna KAFA sudah melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan barisan jurulatih Kelantan pada musim ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek kepada pemain pasukan Kelantan di sini, hari ini.

Bibi Ramjani berkata, walaupun jumlah keseluruhan bayaran tunggakan gaji pemain tidak didedahkan namun ianya sudah membuktikan beliau sudah menunaikan janjinya sebelum dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu.

“Ianya sudah tentu satu jumlah yang agak besar namun usah kira dari mana sumber kewangan itu di ambil, ini adalah janji saya kepada pemain dan saya mahukan pemain memberikan satu keputusan yang positif pada dua perlawanan terakhir nanti,” katanya. – Bernama







READ ALSO  Sime Darby, UKM ke Liga Perdana musim depan | Bola


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.