Kadar kelahiran bayi Singapura menurun

SINGAPURA 27 Sept. – Walaupun kerajaan negara ini memberi insentif kepada penduduknya untuk menambah bilangan anak namun statistik tahun lalu menunjukkan kelahiran bayi warga tempatan semakin berkurangan.

Jabatan Statistik Singapura memaklumkan hanya sejumlah 33,167 bayi warga tempatan dilahirkan tahun lalu berbanding seramai 33,725 pada tahun sebelumnya.

Menurut Bank Dunia, negara ini mempunyai kadar kelahiran keempat terendah di dunia pada 2015. – Reuters

READ ALSO  Dua lelaki diburu curi Vellfire pengusaha salon di parkir kenderaan


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.