Juruteknik telko dituduh buat serangan seksual | Kes

IPOH: Juruteknik sebuah syarikat telekomunikasi (telko) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, bulan ini.

Tertuduh, Termizi Sulaiman, 58, dari Taman Klebang Jaya, di sini didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di sebuah rumah di Taman Sri Desa di sini pada jam 2 petang, 3 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia yang beristeri dua dan mempunyai sembilan anak didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di lokasi sama pada jam 1.35 tengah hari pada 13 September.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Termizi bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dirinya dibicarakan ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Murtazadi kemudian memerintahkan tertuduh tidak dibenarkan jaminan dan menetapkan kes itu disebut semula pada 31 Oktober depan.

Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman, memohon supaya mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa kerana ia kesalahan yang berat.

“Pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan kepada tertuduh kerana bimbang saksi kes itu mungkin diganggu oleh tertuduh,” katanya.

Peguam tertuduh, Ranjit Singh pula memohon mahkamah membenarkan jaminan diberi terhadap Termizi termasuk menetapkan syarat tambahan seperti jaminan yang diberikan terbatal serta-merta sekiranya ada laporan tertuduh menganggu saksi.

Beliau turut memaklumkan kepada mahkamah akan memfailkan notis alibi kerana mendakwa tertuduh tiada di lokasi dimaksudkan ketika kejadian berlaku.

Sebaik prosiding pendakwaan selesai, ada ahli keluarga kelihatan menangis ketika tertuduh mahu dibawa keluar dari mahkamah.

READ ALSO  Treler 'makan' tuan | Harian Metro


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.