Juruteknik penyelenggaraan kabel kren maut kena hentakan besi








TERKINI

Juruteknik penyelenggaraan kabel kren maut kena hentakan besi Juruteknik penyelenggaraan kabel kren maut kena hentakan besi

26/09/2017 9:42am

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB


Seorang juruteknik penyelenggaraan kabel kren maut setelah terkena hentakan sebatang besi pada kepalanya.

KLANG – Seorang juruteknik penyelenggaraan kabel kren maut setelah terkena hentakan sebatang besi pada kepalanya dalam kejadian di Pelabuhan Barat di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Muhammad Syamil Sharudin, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersama rakannya sedang bekerja pada ketinggian 53 meter.

Katanya, mangsa telah bertugas sebagai juruteknik penyelenggaraan kabel kren sejak tiga tahun lalu.

“Sebatang besi yang sedang diangkat oleh kren telah bergerak ke arah mangsa sebelum menghentak kepala sebelah kiri mangsa.

“Akibat dari hentakan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia dengan dibawa turun menggunakan lif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Jelasnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. –







READ ALSO  Harap kematian isteri dapat dibela | Kes

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.