Jurulatih beregu lelaki badminton negara tinggalkan BAM








TERKINI

Jurulatih beregu lelaki badminton negara tinggalkan BAMJurulatih beregu lelaki badminton negara tinggalkan BAM

30/09/2017 5:30pm

Jeremy Gan (kiri) merupakan antara jurulatih kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan menerima surat perletakan jawatan jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan, hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa surat perletakan jawatan itu adalah dengan notis selama tiga bulan.

Bagaimanapun Norza tidak memberitahu punca sebenar peletakan jawatan Jeremy.

“Kami menerima surat peletakan jawatannya hari ini. Saya percaya dia memiliki sebab tersendiri. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada (Ketua Jurulatih Beregu Lelaki) Cheah Soon Kit.

Kita perlu tunggu dan lihat apakah yang akan dilakukan Soon Kit selepas ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen turut meletak jawatannya dengan notis enam bulan kepada BAM pada 11 September lalu dengan memberikan alasan peribadi berhubung perkara itu.

Antara sumbangan terbesar Jeremy kepada skuad badminton negara ialah menghadiahkan pingat perak Sukan Olimpik Rio menerusi gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Kini skuad beregu lelaki negara akan terus dikendalikan oleh Soon Kit dan Rosman Razak. – Bernama







READ ALSO  Hantar sawit ke kilang LPP | Wilayah

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.