Jumlah mangsa banjir Kedah terus meningkat | Kes

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 3,607 membabitkan 1,078 keluarga sehingga pagi ini walaupun tiada hujan sejak semalam.

Semua mangsa ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara di empat daerah membabitkan Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena.

Penyelaras Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata sehingga jam 10 pagi tadi, lapan pusat pemindahan masih beroperasi di Kota Setar iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah; Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak; Surau Assyakirin; SK Alor Mengkudu; SK Bukit Pinang; Dewan Taman Sri Bagan; SK Seri Gunung dan Dewan Wawasan Kampung Kelompang.

Katanya, lapan pusat pemindahan itu menempatkan keseluruhan 860 penduduk membabitkan 240 keluarga.

“Selain itu, tujuh pusat pemindahan masih dibuka di Kubang Pasu membabitkan SK Kodiang Lama; Dewan Kampung Lahar; SMK Mahawangsa; Dewan Tokong Cina; Dewan Kubur Siam; Dewan Manggol Malau dan Pertubuhan Peladang Kawasan Lubuk Batu dengan jumlah keseluruhan 1,581 penduduk membabitkan 536 keluarga.

“Di Pokok Sena, lima pusat pemindahan iaitu di SK Bukit Hijau; Madrasah Maahad Tarbiyah; Dewan Kampung Permatang Limau, Dewan Orang Ramai Kampung Empa dan Dewan Lubung Keriang dengan jumlah keseluruhan 692 penduduk membabitkan 157 keluarga.

“Bagi Pendang pula hanya sebuah pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah yang menempatkan 276 penduduk membabitkan 76 keluarga, ” katanya.

READ ALSO  Banjir kilat landa Baling, Bandar Baharu | Kes


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.