Juara MasterChef Australia balik Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Pemenang program MasterChef Australia, Diana Chan, 29, akan kembali ke tanah air untuk bertemu dengan peminatnya.

Diana akan berkongsi pengalaman manisnya sepanjang menyertai program MasterChef Australia musim ke sembilan itu dengan orang ramai pada pukul 3 petang, 7 Oktober depan, di South Court (Tingkat Bawah) Mid Valley Megamall di sini.

Pada perjumpaan itu kelak, Diana yang dilahirkan di Sitiawan, Perak dan kini bekerja sebagai akauntan dan menetap di Melbourne, Australia itu bersedia untuk menjawab semua soalan daripada peminat serta mengadakan demonstrasi masakan istimewanya.

Turut serta memeriahkan acara itu kelak adalah finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low. Mereka juga akan membuat demo masakan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Perlu ubah mentaliti mahu makan gaji - PM | Nasional


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.