Jualan murah hasil laut segar di HPPNK dapat sambutan hangat








TERKINI

Jualan murah hasil laut segar di HPPNK dapat sambutan hangatJualan murah hasil laut segar di HPPNK dapat sambutan hangat

30/09/2017 4:28pm

Orang ramai mula berebut untuk membeli hasil hidupan laut yang dijual dengan harga murah sempena HPPNK hari ini. – Foto HPPNK

SERDANG – Jualan murah hasil laut segar bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 mendapat sambutan hangat apabila tiga tan hasil laut licin dalam tiga jam.

Antara yang hasil laut yang laris pada jualan hari ini ialah 200 kilogram (kg) udang, 150kg tenggiri, 250kg kembung dan pelbagai ikan lain.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim ketika melawat bilik media HPPNK 2017 selepas jualan murah berkenaan berakhir berkata, sambutan hangat yang diterima mendorong LKIM untuk menganjurkan kempen jualan Happy Hour 500kg hasil laut pada 8 Okt depan.

“Jualan berkenaan akan berlangsung di Saujana Utama dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor dari 9 pagi hingga 11 pagi.

“Jualan tersebut akan menawarkan 20 jenis ikan pada harga murah selain udang,” kata Anggota Parlimen Kuala Selangor itu.

Irmohizam berkata jualan hasil laut segar pada harga yang murah bertujuan menangani peranan orang tengah.

Katanya esok jualan hasil laut segar akan berlangsung di HPNKK 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dengan menawarkan tiga tan lagi hasil laut.

HPPNK 2017 berlangsung di Maeps mulai Khamis lepas hingga Ahad ini manakala jualan murah hasil laut segar diadakan hari ini dan esok. – Bernama

READ ALSO  Gempa bumi lemah di Ranau







Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.