‘Jomla…download Smartphone Patrol’ | Harian Metro

HANYA 778,000 pengguna seluruh negara mengakses aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dilancarkan Mei 2016.

VSP adalah Projek Perluasan Program Rakan Cop bertujuan merancakkan lagi aktiviti pengawasan jenayah di kalangan masyarakat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah Bukit Aman, berkata pihaknya menggalakkan rakyat untuk memuat turun aplikasi itu dalam usaha membantu polis mengekang jenayah.

“Sejak dilancarkan, kita ada 778,000 pengguna saja yang memanfaatkan VSP untuk menghantar maklumat, termasuk dalam bentuk video dan gambar.

“Sedangkan objektif VSP untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai masyarakat bersama PDRM, khususnya menyalurkan maklumat yang boleh kekang jenayah.

“Malah, menerusi perkongsian itu juga, ia sangat membantu kita dalam mengumpul maklumat ketika di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Program ‘Community Policing, Go Green’ Pasukan Polis Marin di Pulau Perhentian.

Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail; Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kamaruzaman Mamat dan Komander Pasukan Polis Marin (PPM), Datuk Abdul Rahim Abdullah.

Zulkifli yakin VSP dapat menarik pembabitan masyarakat dan kerjasama mereka secara optimum bersama PDRM.

“Dalam soal menjaga keselamatan, tidak boleh terletak di bahu PDRM sahaja. Rakyat kena bantu. Peranan mereka boleh membuatkan penjenayah takut untuk buat jenayah.

“Sebagai contoh di Pulau Perhentian ini, memang ada keperluan untuk menambah keanggotaan di Pondok Polis, tetapi ia belum mencukupi jika masyarakat tidak bantu sama.

“Sebab itu kita galakkan memuat turun VSP selain Rakan Cop yang diwujudkan sekian lama,” katanya.

Mengenai program anjuran PPM, katanya, aktiviti itu sebahagian daripada agenda mendekatkan diri dengan masyarakat selain menunjukkan komitmen PPM melaksanakan amalan hijau dalam perkhidmatan.

READ ALSO  Taman Alam Kinta diisytihar Taman Negeri ke-3 Perak | Wilayah

Pada majlis itu, 150 penyelam PDRM termasuk Zulkifli dan agensi berkaitan melakukan pembersihan dasar laut dengan mengutip bahan yang menjadi ancaman kepada hidupan marin.

Turut diadakan program bersama masyarakat dan penanaman pokok di Masjid Ar-Rahman, Pulau Perhentian sebagai simbolik program ‘Go Green’.

https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id111823…

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&…

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.