Jom meriahkan Karnival Rugbi Johor

JOHOR BAHRU 22 Sept. – Orang ramai khususnya peminat sukan ragbi dijemput memeriahkan Karnival Rugbi Johor (JRC) di Kompleks Sukan Educity di sini bermula esok.

Sebanyak 16 pasukan mewakili sekolah, maktab dan institusi pendidikan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam kategori 11, 14 dan 16 tahun.

Karnival dua hari itu dianjurkan Iskandar Investment Berhad (IIB) dengan kerjasama Persatuan Ragbi Johor (JRU).

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad berkata, antara matlamat penganjurannya ialah untuk mempromosikan sukan tersebut.

“Tujuannya juga untuk mengetengahkan nilai-nilai positif dalam sukan ragbi seperti semangat berpasukan, disiplin dan saling menghormati terutamanya kepada komuniti atau generasi muda di wilayah Iskandar Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Sandhu rangkul Terbuka Asia | Harian Metro


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.