Jeremy Gan pula letak jawatan jurulatih beregu lelaki badminton

Sebelum ini, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen meletak jawatannya dengan notis 6 bulan kepada BAM pada 11 September lalu.

Jeremy-GanKUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan menerima surat perletakan jawatan jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan, hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa surat perletakan jawatan itu adalah dengan notis selama 3 bulan.

Bagaimanapun Norza tidak memberitahu punca sebenar peletakan jawatan Jeremy.

“Kami menerima surat peletakan jawatannya hari ini. Saya percaya dia memiliki sebab tersendiri. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada (Ketua Jurulatih Beregu Lelaki) Cheah Soon Kit.

“Kita perlu tunggu dan lihat apakah yang akan dilakukan Soon Kit selepas ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen meletak jawatannya dengan notis 6 bulan kepada BAM pada 11 September lalu dengan memberikan alasan peribadi berhubung perkara itu.

Antara sumbangan terbesar Jeremy kepada skuad badminton negara ialah menghadiahkan pingat perak Sukan Olimpik Rio menerusi gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Kini skuad beregu lelaki negara akan terus dikendalikan oleh Soon Kit dan Rosman Razak.

Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments

READ ALSO  Istimewa Aidiladha Busking Bersama Buskers Street Dakwah malam ini


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.