Jenazah Muhammad Lailatulman dituntut keluarga | Kes

IPOH: Jenazah seorang lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26 yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Komunikasi Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini kelmarin dituntut ahli keluarga pada jam 12.50 tengah malam tadi.

Mayat Muhammad Lailatulman mula menjalani proses bedah siasat pada jam 9 malam dan berakhir kira-kira empat jam kemudian.

Jenazah Allahyarham dituntut isterinya, Nur Liya Asmira Yahya, 24, serta beberapa ahli keluarga lain selepas dimandikan dan disembahyangkan di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Abang ipar mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui hanya mengangguk ketika ditanya mengenai kematian Allahyarham berpunca daripada pendarahan pada paru-paru sebagaimana dialami seorang lagi mangsa, Laskar Muda Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28.

Jenazah Muhammad Lailatulman akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Kelantan. 

READ ALSO  37 penduduk terpaksa berpindah akibat banjir di Bandar Baharu


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.