Jangan terus salahkan pemandu langgar basikal riadah malam

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Jangan terus menyalahkan pemandu kenderaan yang terlanggar penunggang basikal waktu malam, kerana masih ramai golongan tersebut menggunakan basikal yang tidak dilengkapi lampu dan pakaian pemantul cahaya sewaktu di jalan raya.

Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, adalah tidak wajar kesalahan dituding terus kepada pemandu seperti kereta dan lori jika kejadian luar jangka itu berlaku sehingga mengakibatkan mangsa maut.

“Kebelakangan ini berbasikal untuk kesihatan semakin mendapat sambutan, termasuk yang menggunakan jalan kampung dan lebuh raya. Masalahnya, masih ramai menggunakan basikal yang tidak dilengkapi lampu depan dan belakang. Selain itu, mereka juga tidak menggunakan alat atau pakaian pemantul cahaya sewaktu malam di jalan raya.

“Pada masa yang sama, ramai juga penunggang terlibat tidak memakai topi keledar untuk keselamatan diri,” ujarnya selepas menyambut konvoi basikal Kembara Kasih Bank Rakyat 2017 di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini hari ini.

Pada program itu, 63 peserta disambut meriah setelah menamatkan kayuhan 515 kilometer yang bermula sejak empat hari lalu bagi laluan dari Kangar (Perlis)-Seberang Jaya (Pulau Pinang)-Manjung (Perak)-Kuala Selangor dan Shah Alam (Selangor ) dan berakhir di sini.

Menerusi program itu, peserta kayuhan menyertai beberapa projek amal, termasuk menyerahkan basikal kepada sekolah atau persatuan autisme, meraikan bayi yang lahir 28 September 2017, menyerahlan hamper dan baucar Akauan Simpanan-i Nuri kepada kanak-kanak wad pediatrik di Hospital Sri Manjung, kelmarin.

Kembara Kasih Bank Rakyat 2017 tadi turut disambut oleh pemenang pingat emas lumba basikal acara Scratch Lelaki dan Kejar Mengejar Berpasukan Lelaki Sukan SEA 2017, Irwandie Lakasek serta kanak-kanak dari Institut Masalah Pembelajaran dan Autism Malaysia (Impian).

READ ALSO  Pembantu penyelia kilang putus tangan langgar treler

Di akhir majlis, Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat menyerahkan tiga basikal kepada Pengerusi Impian, Datin Dr. K. Mangalaveni bagi manfaat warga Impian. – UTUSAN ONLINE

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.