Jangan politikkan isu pelantikan Azhar

JOHOR BAHRU 29 Sept. – Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak mahu pelantikan Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) yang baharu menjadi isu atau dipolitikkan mana-mana pihak. 

Shahrir berkata, pelantikan Azhar sebagai Pengerusi FGV adalah satu pilihan yang tepat kerana mempunyai pengalaman luas dan latar belakang penglibatannya dalam industri sawit.

Beliau tidak melihat Azhar sebagai individu yang tidak bertanggungjawab apabila diamanahkan memegang jawatan Pengerusi FGV sejak 11 September lalu. 

“Ada yang menasihatinya untuk memberi komitmen penuh dan jangan melarikan diri seperti dilakukan ketika memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp pada 2014. Pada saya, itu komen yang tidak berasas berhubung peletakan jawatannya. 

“Saya tak fikir dia (Azhar) seorang yang akan lari daripada tanggungjawab. Kita tengok sahaja pada rekod kerjaya dia, apa lagi yang perlu kita pertikaikan apatah lagi dipolitikkan isu ini,” katanya ketika ditemui selepas program Jelajah UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Mat Taib: Azmin failed to defend Malay position


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.